Senarai Ubat-ubatan Penting Kebangsaan (NEML)

Senarai Ubat-Ubatan Penting Kebangsaan (National Essential Medicines List, NEML) merupakan senarai ubat-ubatan asas yang memenuhi keperluan penjagaan kesihatan majoriti penduduk. Matlamat utama adalah untuk memastikan accessibility dan affordability ubat-ubatan penting kepada masyarakat Malaysia. Di samping itu, senarai ini dapat memastikan perolehan dan penggunaan ubat-ubatan dibuat secara rasional. Semua peringkat masyarakat sama ada individu atau komuniti perlu mendapat akses terhadap ubat-ubatan penting yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi dengan harga yang mampu dimiliki.

Diadaptasi daripada World Health Organization (WHO) Model List of Essential Medicines, NEML terdiri daripada ubat-ubatan tempatan yang berdaftar berdasarkan keperluan national. NEML ini adalah panduan kepada fasiliti untuk menghasilkan senarai ubat-ubatan penting di fasiliti berdasarkan keperluan masing-masing.

Senarai ini boleh diakses di pautan ini atau dengan mengimbas kod QR di bawah.

Qr code

Description automatically generated

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Sekretariat FUKKM di alamat emel: cpfor@moh.gov.my

Kategori dokumen: 
Rujukan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon Senarai Ubat Penting Kebangsaan978.32 KB