Anda di sini
Waspada Pembelian Ubat "Online"
Waspada Penjualan Ubat Dalam Talian
Kempen WASPADA! PENJUALAN UBAT DALAM TALIAN diberikan penjenamaan semula pada tahun 2022 bagi mengemaskini dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti kepada masyarakat
Penjualan dalam talian kini menjadi norma kehidupan dan menjadi alternatif utama masyarakat bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki. Selaras dengan perubahan ini, cara mendapatkan pembekalan ubat-ubatan turut mengalami perubahan. Penjualan ubat kini dilakukan melalui... [ Bacaan penuh ]
Risiko pembelian ubat melalui Internet
Risiko Penjualan Ubat Secara Dalam Talian
Penjualan ubat secara dalam talian mendedahkan pengguna yang tidak berhati-hati kepada beberapa bahaya dan risiko yang tidak diingini. Ini kerana pengguna sukar untuk menyemak kesahihan penjual serta tidak dapat meneliti ubat tersebut untuk menentukan statusnya sebelum membuat pembelian
Risiko dan bahaya yang mungkin dihadapi adalah seperti berikut:
... [ Bacaan penuh ]Bagaimana Kenalpasti Iklan Yang Telah Diluluskan?
Semua iklan ubat yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat akan diberikan dengan nombor kelulusan (contoh KKLIU 1234/2020). Nombor KKLIU akan dimulai dengan 4 digit mengikut siri dan diakhiri dengan tahun permohonan kelulusan iklan dibuat. Nombor kelulusan perlu dipaparkan pada setiap iklan yang disiarkan dalam mana-mana media penyiaran dan bagi iklan berbentuk audio, hanya memadai menyatakan ‘Iklan ini telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat’. Pengguna juga diminta agar tidak terkeliru di antara nombor pendaftaran MAL dengan nombor siri... [ Bacaan penuh ]
Panduan Pembelian Ubat "Online"
Berikut adalah panduan sekiranya perlu untuk membeli ubat dalam talian:
DAPATKAN nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan. BELI ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan ada hologram Farmatag. Semak pendaftaran ubat di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi "NPRA Product Status" yang boleh didapati dari Google Play, App Store dan Huawei App Gallery dan semak ketulenan hologram dengan menggunakan aplikasi FarmaChecker. ELAKKAN membeli ubat daripada laman sosial dan... [ Bacaan penuh ]Tip Pembelian Pensanitasi Tangan (Hand Sanitizer)
Mungkin ramai yang sedang mencari hand sanitizer masa musim Covid-19 sekarang. Berhati-hati apabila membeli terutamanya pembelian secara online.
Pembelian dari sumber tidak sah mungkin anda mendapat produk tiruan yang tidak berkesan untuk tujuan sanitasi atau menyahkuman. Elakkan membeli hand sanitizer daripada sumber yang diragui seperti media sosial dan platform e-dagang.
Peniaga pula... [ Bacaan penuh ]
Tindakan Penguatkuasaan
Program Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi begitu komited dalam membanteras penjualan dan pengiklanan ubat tidak berdaftar dalam talian. Selain daripada Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni! secara berterusan, pihak kami akan terus memantau iklan ubat dalam pelbagai platform di media baharu.
Bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam, penguatkuasaan penjualan secara dalam talian bagi ubat melalui Internet menjadi cabaran besar kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,... [ Bacaan penuh ]
Hukuman
Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, individu atau syarikat yang mengilang, menjual, mengedar, mengimport atau menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Jika disabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:
Individu kesalahan pertama - denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. kesalahan berikutnya - denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Syarikat kesalahan... [ Bacaan penuh ]