Apakah tujuan liberalisasi latihan PRP?

Liberalisasi latihan PRP bertujuan untuk memenuhi keperluan ahli farmasi di industri farmaseutikal tempatan supaya dapat meningkatkan lagi pengilangan ubat-ubatan generik tempatan yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa sebagaimana ditetapkan di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Selain itu liberalisasi latihan PRP ini dapat mengatasi masalah ketepuan kerana hanya bergantung kepada fasiliti farmasi di hospital KKM bagi melatih graduan farmasi. Kini bilangan graduan farmasi telah menjangkau lebih 1000 orang setiap tahun dari 17 Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dan juga dari luar negara.