Adakah iklan produk kosmetik di televisyen perlu mempunyai kelulusan daripada LIU?

Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebarang iklan berkaitan produk kosmetik mestilah mematuhi keperluan garis panduan kosmetik (tuntutan yang tidak dibenarkan untuk produk kosmetik) dan tidak mempunyai sebarang tuntutan perubatan.

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap iklan produk kosmetik yang mempunyai tuntutan perubatan serta melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.