Portal akan diselenggara sekitar satu jam bermula jam 11.00 pagi hari ini. Sekian, terima kasih.

Program Perkhidmatan Farmasi
Published on Program Perkhidmatan Farmasi (https://www.pharmacy.gov.my/v2)

Laman depan > Lembaga Farmasi > Ahli Farmasi > Permohonan Lesen Racun

Pengeluaran Lesen Racun Jenis A/B/E/Permit Natrium Hidroksida

Tarikh: 6 March 2020 - 10:16pm

Lesen/permit ini dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi di peringkat negeri.

  • Lesen racun jenis  A : dikeluarkan kepada ahli farmasi berdaftar untuk mengimport, menyimpan, dan berurusan semua jenis racun secara borong dan runcit atau borong sahaja atau runcit sahaja.
  • Lesen racun jenis B : dikeluarkan kepada individu yang berkelayakan (fit and proper)  atau kepada pegawai yang bertanggungjawab di dalam sesebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 untuk mengimport, menyimpan dan menjual secara borong racun (bukan racun kumpulan A) sebagaimana yang ditetapkan di dalam lesen.
  • Lesen racun jenis E : dikeluarkan kepada individu yang mana di dalam urusan perniagaannya menggunakan Natrium Hidroksida dalam kuantiti yang difikirkan munasabah oleh pegawai pelesenan untuk mengimport, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida tersebut.
  • Permit untuk membeli, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida (NaOH) : dikeluarkan kepada individu untuk tujuan membeli, menyimpan, dan menggunakan Natrium Hidroksida untuk tujuan yang dinyatakan di dalam permit.
Articles categories: 
Perkhidmatan
Division: 
Penguatkuasaan Farmasi

Source URL (modified on 06/03/2020 - 22:16): https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/pengeluaran-lesen-racun-jenis-b-e-permit-natrium-hidroksida.html