Berita

Wawancara Radio

Ulasan Kepada Pertanyaan Pengguna Tentang Jenama Minyak Angin Yang Tidak Boleh Digunakan Oleh Orang Islam

Menurut Peraturan-Peraturan  Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, semua produk yang dijual di pasaran perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Minyak angin dengan tuntutan melegakan kesakitan merupakan di antara jenis produk yang perlu berdaftar.  Minyak angin boleh didaftarkan di bawah dua kategori, samada kategori produk Tradisional atau Bukan Preskripsi (OTC) bergantung kepada formulasi produk. 

Sesi Temuduga Pemilihan Calon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Kursus Peringkat Sarjana Sesi 2014/2015

TARIKH :  18, 19, & 20 NOVEMBER 2013
MASA   :

SESI 1 (8.00 PAGI – 1.00 PETANG)         - LAMPIRAN A

SESI 2 (2.00 PETANG – 5.00 PETANG)   -LAMPIRAN B

TEMPAT:

 BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

LOT 36, JALAN UNIVERSITI

46350 PETALING JAYA

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar Figure-Up

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang awam agar mengelakkan daripada membeli dan menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR dengan nama “Figure-Up” yang dijual bagi tujuan pelangsingan badan.

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar Majun Taufiq Dua Istimewa

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama ‘MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWA’

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar Majun Dua Istimewa

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama ‘MAJUN DUA ISTIMEWA’.

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar Madu Adunan Herba

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan dilabel dengan nama MADU ADUNAN HERBA.

Masalah Akses ke Portal BPFK pada 28 Oktober 2013

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat masalah capaian ke portal BPFK serta e-mel BPFK pada 28 Oktober 2013 akibat masalah teknikal.

Kerja-kerja pemulihan dan pembaikan sedang dijalankan. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai urusan penting, sila hubungi pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan melalui e-mel bpf-adminbpfk@moh.gov.my

Segala kesulitan amat dikesali.

Ulasan Laporan: 12 Chinese Herbs Banned for Use. Chinese Medicine Dealers Have Not Many Choices in Selecting The Use of Chinese Herbs

Herba-herba yang dilarang untuk digunakan dalam produk siap kategori tradisional dan suplemen kesihatan adalah herba-herba yang mengandungi Racun Berjadual seperti yang tersenarai di bawah Akta Racun 1952/ Akta Dadah Berbahaya 1952 serta herba-herba yang dilarang penggunaannya disebabkan laporan kesan advers yang menyebabkan kesan toksik ke atas buah pinggang dan hati. Produk tradisional dan suplemen kesihatan boleh dijual terus kepada pelanggan tanpa preskripsi dan tanpa dibawah seliaan pengamal perubatan.

Halaman-halaman