Berita

Baca dan faham label ubat

Kesan sampingan kerintangan antibiotik

Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi 2 Mac 2016

Berikut disertakan keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi 2 Mac 2016.

Keputusan peperiksaan secara rasmi akan dipos kepada calon. 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:

Setiausaha
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Tel : 03-7841 3200, 7841 3375, 7841 3261, 7841 3653
Faks : 03-7841 3658

Pindaan Tarikh Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi Jun 2016

Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi Jun 2016 yang telah dijadualkan pada 1 Jun 2016 akan ditunda kepada 8 Jun 2016 seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan

Tarikh Tutup Permohonan

8 Jun 2016 (Rabu)

29 April 2016

Cadangan: Community Pharmacy Benchmarking Guideline (edisi ke-2) 2015

Community Pharmacy Benchmarking Guideline (edisi kedua) 2015 telah dimuat naik pada 8 Januari 2016. Komen/cadangan boleh diemelkan kepada hanisah.shafie@moh.gov.my selewat-lewatnya pada 12 Februari 2016.

Pembaharuan Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) bagi tahun 2017

Kesemua Ahli Farmasi Berdaftar boleh mula memohon ARC bagi Tahun 2017 bermula dari 1 Jan 2016 sehingga 31 Dis 2016. Ahli–ahli farmasi digalakan untuk mengumpul mata CPD minimum sebanyak 30 dalam tempoh 1 Januari 2015- 31 Disember 2016

Semakan Draf Guide to Good Dispensing Practice

Draf Guide to Good Dispensing Practice (GDsP) atau Garis Panduan Amalan Pendispensan Baik ini sedia dibuka untuk maklum balas dan komen daripada pihak stakeholder  terlibat. Garis panduan ini akan terpakai bagi semua fasiliti kesihatan kerajaan dan juga swasta. Ia dipaparkan di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dari 10 November sehingga 9 Disember 2015. Segala cadangan dan komen boleh dihantar secara bertulis ke alamat berikut:
 

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016 ialah pada 1 Disember 2015.

Halaman-halaman