Pengumuman

Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi 7 Jun 2017

Berikut disertakan keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi 7 Jun 2017.

Keputusan peperiksaan secara rasmi akan dipos kepada calon. 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:

BENGKEL TRAINING OF PRECEPTORS (TOP) BAGI LATIHAN LIBERALISASI AHLI FARMASI BERDAFTAR PROVISIONAL (PRP)

  1. TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN TOP KE LEMBAGA FARMASI MALAYSIA (LFM) : 30 APRIL 2019*
  2. TARIKH PENERIMAAN E-MEL JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI TOP :  30 JUN 2019**
  3. TARIKH BENGKEL TOP :
    31 JULAI 2019 MASA : 8.30 AM – 4.30 PM (UNTUK KATEGORI FARMASI KOMUNITI)
    1 OGOS 2019 MASA : 8.30 AM – 4.30 PM (UNTUK KATEGORI SELAIN DARI FARMASI          KOMUNITI)

Tutorial Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi

Satu sesi tutorial bagi Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi 9 November 2016

Berikut disertakan keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi 9 November 2016.

Keputusan peperiksaan secara rasmi akan dipos kepada calon. 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung Keputusan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:

Setiausaha
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Tel : 03-7841 3200, 7841 3288, 7841 3383, 7841 3317
Faks : 03-7841 3658

Syarat Memohon Pendaftaran Sebagai Ahli Farmasi Provisional

Bermula pada November 2016, semua calon yang ingin mendaftar sebagai Ahli Farmasi Provisional (PRP) perlu lulus Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (susulan keputusan mesyuarat Lemabaga Farmasi Malaysia bil ke-103):

 

  1. Peperiksaan ini boleh diduduki oleh pelajar tahun tiga dan empat di universiti tempatan masing-masing.
  2. Bagi pelajar luar negara, mereka boleh memohon menduduki peperiksaan ini sebagai calon persendirian dan perlu lulus sebelum memohon pendaftaran sebagai PRP.

 

Permohonan Credentialing

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Credentialing Amalan Farmasi Bil 2/2016  akan diadakan pada bulan Disember 2016. Mohon kerjasama dan jasa baik pegawai-pegawai yang berminat untuk mengemukakan permohonan Credentialing ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM sebelum atau pada 25 November 2016.

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh 25 November 2016 akan dibawa ke Mesyuarat JK Credentialing Amalan Farmasi pada tahun 2017.

Sekian, harap maklum.

PEMAKLUMAN LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) TAHUN 2016 DAN 2017 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pemakluman ini bertujuan menjelaskan pindaan terhadap kemudahan yang diperolehi bagi penerima biasiswa HLP KKM selaras dengan langkah-langkah penjimatan peruntukan kerajaan untuk dilaksanakan bagi jangka masa pendek (tahun 2016 dan 2017) dan jangka masa panjang.

Sehubungan itu, bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dan calon-calon yang bakal melanjutkan pengajian adalah diminta untuk mengambil perhatian akan perkara ini.

Pertandingan Mencipta Logo Lembaga Iklan Ubat

NOTA KEPADA PESERTA:

1. Penyertaan dibuka kepada semua ahli farmasi berdaftar.

2. Logo hendaklah melambangkan fungsi LIU dalam melaksanakan tugas iaitu:

  • Memberi kelulusan untuk permohonan iklan.
  • Menilai, mengubah polisi dan garispanduan mengikut keperluan
  • Membatalkan / menarik balik kelulusan yang telah diberikan

3. Semua penyertaan / pertanyaan hendaklah diemel kepada: lembaga.iklan.ubat@gmail.com

Pertandingan Mencipta Logo Lembaga Farmasi Malaysia

  • Terbuka kepada semua Ahli Farmasi.
  • Logo hendaklah melambangkan perkhidmatan farmasi di Malaysia.
  • Penyertaan hendaklah diemel kepada lembagafarmasimalaysia@moh.gov.my
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Ogos 2016
  • Pemenang akan menerima cenderahati dalam bentuk wang tunai, sijil penghargaan dan mata CPD.

Halaman-halaman