Pengumuman

Semakan Draf Guide to Good Dispensing Practice

Draf Guide to Good Dispensing Practice (GDsP) atau Garis Panduan Amalan Pendispensan Baik ini sedia dibuka untuk maklum balas dan komen daripada pihak stakeholder  terlibat. Garis panduan ini akan terpakai bagi semua fasiliti kesihatan kerajaan dan juga swasta. Ia dipaparkan di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dari 10 November sehingga 9 Disember 2015. Segala cadangan dan komen boleh dihantar secara bertulis ke alamat berikut:
 

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016 ialah pada 1 Disember 2015.

Pertandingan Mencipta Tema Persidangan Penyelidikan (R&D) Farmasi Kebangsaan ke-9, Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Farmasi Kebangsaan Ke-9 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2016.  Sehubungan itu, Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput warga farmasi KKM untuk menyertai pertandingan mencipta tema bagi persidangan tersebut.

 

Fiesta Kenali Ubat Anda, 19 September 2015

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Pengajian Kursus Sarjana/Phd Sesi 2016/2017

Sila ambil perhatian. Iklan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan HLP bagi pengajian sesi 2016/2017 telah dibuka bermula 30 Jun 2015 sehingga 31 Julai 2015. Syarat-syarat permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran ini boleh didapati di Laman Web Rasmi KKM (www.moh.gov.my), Bahagian Pengurusan Latihan, BPL (http://latihan.moh.gov.my) atau di pautan (http://e-hlp.moh.gov.my).

Kandungan ini dalam proses pantauan dan BELUM dipaparkan kepada umum.

Permohonan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan

Sila ambil perhatian bahawa Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM telah melaksanakan pindaan terhadap garis panduan Permohonan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi semua permohonan mengikuti cuti belajar tanpa HLP bagi tahun 2016. Antara pindaan yang terlibat adalah permohonan cuti belajar tanpa HLP bagi tahun 2016 akan ditawarkan secara IKLAN bermula 1 Jun 2015 sehingga 30 Jun 2015 (1 bulan).

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2015 ialah 1 September 2015

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2015 ialah 1 September 2015. 

Sesi Temuduga Pemilihan Calon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Kursus Peringkat Sarjana Sesi 2015/2016

TARIKH : 25 & 26 NOVEMBER 2014
MASA   :

SESI 1 (8.00 PAGI – 1.00 PETANG)         - LAMPIRAN A

SESI 2 (2.00 PETANG – 5.00 PETANG)   - LAMPIRAN B

TEMPAT:

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

LOT 36, JALAN UNIVERSITI

46350 PETALING JAYA

Halaman-halaman