Waspada Pembelian Ubat Online : Semak Dulu Sebelum Beli

Hendak beli ubat online?  Dengar dulu nasihat dari abang-abang dan kakak-kakak farmasis.
Berhati-hati apabila membeli ubat secara dalam talian terutamanya di platform e-dagang dan media sosial.
Tanya dahulu kepada abang-abang dan kakak-kakak farmasis. Jadikan kami sebagai ‘Rakan Ubat Anda’
Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!


Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1. Pastikan produk yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram) 
2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)
JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!


Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple AppStore.

Selamat Hari Farmasi Sedunia!
#biarbetuliklanni!
#jualubatberdaftar
#KKLIUadabaruOK

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my