Ulasan Artikel

Ulasan Kepada Laporan Dalam Sinar Harian Bertarikh 9 Mac 2014 Bertajuk: Kulit Melecur Dipercayai Salah Ubat

Akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Mac 2014 melaporkan bahawa seorang anggota askar wataniah yang berumur 26 tahun telah dibawa oleh rakan setugasnya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban pada 1 Mac 2014 disebabkan badannya ditumbuhi bintik merah dan disyaki menghidap demam campak. Pesakit (anggota askar wataniah) ini diberikan ubat demam, vitamin dan ubat garam oleh doktor dari HTJ.

Ulasan Kepada Pertanyaan Pengguna Tentang Jenama Minyak Angin Yang Tidak Boleh Digunakan Oleh Orang Islam

Menurut Peraturan-Peraturan  Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, semua produk yang dijual di pasaran perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Minyak angin dengan tuntutan melegakan kesakitan merupakan di antara jenis produk yang perlu berdaftar.  Minyak angin boleh didaftarkan di bawah dua kategori, samada kategori produk Tradisional atau Bukan Preskripsi (OTC) bergantung kepada formulasi produk. 

Ulasan Laporan: 12 Chinese Herbs Banned for Use. Chinese Medicine Dealers Have Not Many Choices in Selecting The Use of Chinese Herbs

Herba-herba yang dilarang untuk digunakan dalam produk siap kategori tradisional dan suplemen kesihatan adalah herba-herba yang mengandungi Racun Berjadual seperti yang tersenarai di bawah Akta Racun 1952/ Akta Dadah Berbahaya 1952 serta herba-herba yang dilarang penggunaannya disebabkan laporan kesan advers yang menyebabkan kesan toksik ke atas buah pinggang dan hati. Produk tradisional dan suplemen kesihatan boleh dijual terus kepada pelanggan tanpa preskripsi dan tanpa dibawah seliaan pengamal perubatan.

Ulasan Laporan: “Is Niu Huang Jie Du Pian Poisonous? Tong Ren Tang: The Standard Of Drug Usage & Policy For Western Medications Is Different From Chinese Traditional Medications”

Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 24 Ogos 2013 telah melaporkan tentang amaran oleh pihak Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA), United Kingdom yang dikeluarkan pada 20 Ogos 2013 kepada orang awam agar tidak membeli produk Traditional Chinese Medicine (TCM) tidak berlesen yang dikesan mengandungi paras merkuri, plumbum dan arsenik yang tinggi. Produk-produk yang disenaraikan oleh MHRA adalah produk Niu Huang Jie du Pian, produk Bai Foong Wan dan produk Hairegenerator.

Ulasan Laporan "Melecur Disapu Krim Kurus"

Laporan akhbar yang dinyatakan di dalam akhbar berbahasa Melayu seperti di atas melaporkan berkenaan produk krim panas yang digunakan untuk tujuan menguruskan badan oleh seorang wanita tetapi disalah guna oleh anak-anaknya. Di dalam kejadian itu, bahagian belakang anaknya yang berusia dua tahun telah disapu dengan krim tersebut oleh abangnya yang berusia lima tahun dan akibatnya bahagian belakang kanak-kanak tersebut didakwa melecur dan menjadi kemerah-merahan yang berlarutan selama empat jam.

Ulasan Laporan "Johnson & Johnson's Licence For Cosmetics Cancelled - 15 Batches Of Baby Powder Produced In 2007 Were Found To Be Sterilised By Ethylene Oxide, A Known Carcinogenic"

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah memetik laporan akhbar Mumbai Mirror bertarikh 28 April 2013 berkenaan produk bedak bayi keluaran syarikat Johnson & Johnson, India yang disteril menggunakan ethylene oxide iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan barah (karsinogen). Laporan dikeluarkan susulan kepada tindakan Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat Negara India yang telah membatalkan lesen syarikat Johnson & Johnson, India untuk mengilang produk kosmetik di tapak pengilangan Mulund di India.

Maklum Balas Aduan Kekurangan Ubat Di Farmasi Klinik Kesihatan Ayer Tawar

Terlebih dahulu pihak kami amat menghargai usaha pengadu, Healing THL dalam memberi maklum balas terhadap perkhidmatan unit farmasi di Klinik Kesihatan Ayer Tawar, Daerah Manjung Perak.

Ulasan Artikel “France Banned The Sale Of Oral Contraceptive Pills Which Caused 4 Death”

Pihak agensi regulatori Perancis, French National Agency of Medicine and Health Products Safety (ANSM) pada 30 Januari 2013 telah mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan mereka untuk menggantung pendaftaran produk Diane 35, sejenis produk pencegahan kehamilan dan produk generiknya yang diluluskan untuk kegunaan rawatan acne dalam tempoh tiga bulan. Keputusan ini diambil susulan dari hasil kajian semula yang mendapati risiko penggunaan Diane 35 melebihi manfaatnya.

Ulasan Laporan "Merck Pulls Cholesterol Drug From Oversea Market"

The Wall Street Journal pada 1 1 Januari 2013 telah melaporkan bahawa Merck & Co. telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah memberhentikan penjualan ubat yang digunakan dalam rawatan kolesterol, Tredaptive (niacin/laropiprant).

Ulasan Laporan "Hong Kong Health Department Recalled Tian Ma Wan Containing High Level Of Lead"

Menurut laporan akhbar ini, Jabatan Kesihatan Hong Kong telah mengarahkan pengilang Lian Heng Hang memanggil balik produk “Fung Chen Brand” Tian Ma Wan dari pasaran kerana produk terbabit telah dikesan mengandungi paras plumbum 1.7 kali ganda dari tahap yang dibenarkan. Pengambilan produk yang mengandungi plumbum yang tinggi dalam jangka panjang boleh menyebabkan anemia, kerosakan pada sendi, otak dan buah pinggang.

Halaman-halaman