Pengumuman

MAKLUMAN BERKAITAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM UNTUK PRODUK BERDAFTAR

MAKLUMAN BERKAITAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM UNTUK PRODUK BERDAFTAR

Untuk makluman pihak industri, kontrak pembekalan label keselamatan hologram bagi produk berdaftar oleh Syarikat Mediharta Sdn Bhd akan tamat pada 31 Ogos 2019. Kontrak Pembekalan label keselamatan hologram baru akan dilaksanakan oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn Bhd yang akan memulakan operasi pada 1 September 2019.

Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian

Kempen Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian diteruskan bagi tahun 2021 bagi memberikan maklumat kepada pengguna berhubung pembelian ubat-ubatan yang selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Aktiviti Penyelenggaraan Sistem Program Perkhidmatan Farmasi

Adalah dimaklumkan, bermula tarikh 29 September 2017 jam 5.00 petang sehingga 2 Oktober 2017 jam 12 tengah hari akan berlaku gangguan terdapat semua sistem di bawah Program Perkhidmatan Farmasi. Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan elektrik untuk peningkatan mutu perkhidmatan Kerajaan sedia ada.

Berikut adalah senarai sistem-sistem yang akan mengalami gangguan capaian sepanjang tempoh tersebut:

Semakan Draf Guide to Good Dispensing Practice

Draf Guide to Good Dispensing Practice (GDsP) atau Garis Panduan Amalan Pendispensan Baik ini sedia dibuka untuk maklum balas dan komen daripada pihak stakeholder  terlibat. Garis panduan ini akan terpakai bagi semua fasiliti kesihatan kerajaan dan juga swasta. Ia dipaparkan di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dari 10 November sehingga 9 Disember 2015. Segala cadangan dan komen boleh dihantar secara bertulis ke alamat berikut:
 

Pertandingan Mencipta Tema Persidangan Penyelidikan (R&D) Farmasi Kebangsaan ke-9, Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Farmasi Kebangsaan Ke-9 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2016.  Sehubungan itu, Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput warga farmasi KKM untuk menyertai pertandingan mencipta tema bagi persidangan tersebut.

 

IKLAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR

IKLAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR

PENGUMUMAN PENTING: PENJUALAN RACUN UNTUK DICAMPUR DALAM MAKANAN HAIWAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN MENGANDUNGI RACUN DI BAWAH AKTA RACUN 1952

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima pandangan dan saranan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkaitan racun yang dibenar untuk dicampur dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan (prophy

LANJUTAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) ini memaklumkan bahawa kontrak pembekalan label keselamatan hologram oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. telah dilanjutkan selama 4 bulan berkuatkuasa pada 1 September 2023 sehingga 31 Disember 2023. 

Halaman-halaman