Soalan Lazim - Liberalisasi

Mulai Oktober 2012.

Setiap permohonan yang layak akan dibentang ke Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) yang terdekat dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Mesyuarat Lembaga Farmasi terbabit. Mesyuarat LFM bersidang dua (2) kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan November/Disember, namun tertakluk kepada pindaan.

Sila kemukakan borang permohonan Borang Permohonan Akreditasi Premis Latihan berserta dokumen sokongan ke alamat yang berikut:

Setiausaha,
Lembaga Farmasi Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 PETALING JAYA

(No.Faks : 03-7841-3658)

Sila sertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi bagi setiap Ahli Farmasi dengan pengalaman kerja tidak kurang dari empat (4) tahun di fasiliti terbabit.
  • Salinan Lesen A bagi tahun semasa.
  • Salinan terkini sijil akreditasi dari Malaysia Society for Quality in Health (MSQH) - (bagi Farmasi Pesakit Luar Hospital Swasta)
  • Salinan Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia - (bagi Kilang GMP Farmaseutikal)
  • Salinan surat Pengiktirafan Penuh dari Lembaga Farmasi Malaysia bagi program Ijazah Farmasi dan salinan surat Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi menjalankan program Sarjana atau Doktor Falsafah - (bagi Fakulti Farmasi, Institusi Pengajian Tinggi).

 

You voted 'up'.

Premis memiliki fasiliti asas bagi memenuhi latihan mengikut jenis premis serta kriteria yang berikut:

Farmasi Komuniti Swasta

  • Penilaian lawatan akreditasi mematuhi syarat “Community Pharmacy Benchmarking Guideline 2011’ oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dengan pengalaman kerja tidak kurang dari empat (4) tahun di fasiliti terbabit.
 

Farmasi Pesakit Luar Hospital Swasta

  • Mendapat akreditasi dari Malaysia Society for Quality in Health (MSQH).
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dengan pengalaman kerja tidak kurang dari empat (4) tahun di fasiliti terbabit.
  • Mempunyai perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar.
 

Kilang GMP Farmaseutikal

  • Memiliki Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dengan pengalaman kerja tidak kurang dari empat (4) tahun di fasiliti terbabit.
 

Fakulti Farmasi, Institusi Pengajian Tinggi yang menjalankan ‘Research and Development’ (R&D).

  • Mendapat Pengiktirafan Penuh dari Lembaga Farmasi Malaysia bagi program Ijazah Farmasi.
  • Mendapat Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi menjalankan program Sarjana atau Doktor Falsafah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dengan pengalaman kerja tidak kurang dari empat (4) tahun di fasiliti terbabit.
You voted 'up'.
  • Farmasi Komuniti Swasta
  • Farmasi Pesakit Luar Hospital Swasta
  • Kilang GMP Farmaseutikal
  • Fakulti Farmasi, Institusi Pengajian Tinggi yang menjalankan ‘Research and Development’ (R&D).
You voted 'down'.

Liberalisasi latihan PRP bertujuan untuk memenuhi keperluan ahli farmasi di industri farmaseutikal tempatan supaya dapat meningkatkan lagi pengilangan ubat-ubatan generik tempatan yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa sebagaimana ditetapkan di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Selain itu liberalisasi latihan PRP ini dapat mengatasi masalah ketepuan kerana hanya bergantung kepada fasiliti farmasi di hospital KKM bagi melatih graduan farmasi. Kini bilangan graduan farmasi telah menjangkau lebih 1000 orang setiap tahun dari 17 Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dan juga dari luar negara.