Soalan Lazim - Pelesenan

Klik di sini untuk soalan lazim berkaitan Lesen Racun Jenis A Tambahan.

Permohonan Lesen Racun Jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksia (NaOH)

Mulai 1 Januari 2017, semua permohonan lesen racun jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksida (NaOH) mestilah dipohon melalui sistem My.Pharma-C. Ini termasuklah permohonan baru, permohonan pembaharuan, permohonan pindaan dan permohonan pembatalan lesen/permit. Permohonan yang dihantar secara manual tidak akan diproses. Pembayaran lesen/permit juga adalah melalui perbankan internet yang dibuat secara terus melalui sistem My.Pharma-C. Pembayaran secara manual seperti wang pos, bank draf dan cek tidak lagi diterima. Sila layari www.mypharma-c.pharmacy.gov.my/ untuk akses kepada sistem My.Pharma-C.

Klik di sini untuk memuat turun Manual Pengguna bagi permohonan menerusi atas talian.

You voted 'down'.