Produk

Adakah produk minuman dan makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar dengan KKM?

Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM.

Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-8885 0797. Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.

Bagaimanakah mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar?

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.

Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen.  Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.

Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.

Apakah prosedur untuk pendaftaran dengan KKM bagi produk kecantikan. Bagaimanakah prosedur dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapat kelulusan tersebut?

Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Unit Kosmetik, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkenaan prosedur notifikasi kosmetik. BPFK boleh dihubungi di 03-78835400 atau layari laman web rasmi BPFK di http://www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Cosmetics' untuk memuat turun garis panduan yang digunakan untuk notifikasi produk kosmetik.

Adakah kosmetik di Malaysia mendapat pengesahan status halal

Penggunaan Logo halal adalah dibolehkan untuk produk kosmetik, dengan syarat mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jakim. Walau bagaimanapun, Penggunaan logo halal ini bergantung kepada permohonan sijil oleh pihak pengilang/pengedar dan bukan merupakan keperluan mandatori.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kosmetik, layari laman web BPFK www.bpfk.gov.my, klik kosmetik untuk memuatturun garis panduan berkaitan notifikasi produk kosmetik.

Bagaimanakah cara pembuangan ubat yang betul?

Pembuangan ubat ke dalam sumber air melalui sinki atau tandas boleh menyebabkan kesan pencemaran alam sekitar. Untuk makluman, loji kumbahan tidak berupaya merawat sisa kimia dalam air kumbahan, dan ini boleh menyebabkan pencemaran sistem pengairan. Selain itu, sisa ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia larut air boleh memasuki sistem pengairan dan seterusnya membahayakan hidupan akuatik.Oleh yang demikian, pesakit dinasihatkan agar tidak membuang ubat-ubatan berlebihan atau ubat-ubatan yang telah luput ke dalam sumber air, sebaliknya pesakit disarankan agar memulangkan semula ubat-ubatan tersebut ke hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan agar pelupusan ubat boleh dilakukan dengan cara yang betul.

Bagaimana ubat dikategorikan?

Ubat-ubatan boleh dikategorikan dalam 2 jenis, iaitu Ubat Terkawal dan ubat am.

Ubat Terkawal merupakan ubat yang boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing manis), manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).

Maklumat lanjut berkaitan  klasifikasi ubat iaitu sama ada ubat tersebut digolongkan dalam Ubat Terkawal atau ubat am, boleh dirujuk pada ahli farmasi di hospital, klinik kesihatan atau farmasi komuniti.

Adakah terdapat kawalan dilakukan terhadap kandungan bahan berunsurkan haiwan pada produk farmaseutikal?

Ada. 

Pemegang perakuan pendaftaran ubat-ubatan perlu melabel dan mengisytiharkan pada label sekiranya terdapat bahan berasaskan sumber haiwan seperti magnesium stearate, gliserin atau gelatin pada produk farmaseutikal. Jika gagal berbuat demikian, KKM berhak untuk membatalkan/menggantung pendaftaran ubat tersebut.

Penentuan sesuatu ubat bebas daripada sumber haiwan sama ada bovine, porsine dan lain-lain, melibatkan proses yang kompleks, namun dengan kecanggihan teknologi terkini, sumber bahan haiwan boleh disahkan.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa ubat berunsurkan sumber yang ditegah hanya diharuskan sekiranya tiada ubat daripada sumber halal lain, dan digunakan dalam keadaan darurat. Sila hubungi JAKIM untuk maklumat lanjut.

Adakah produk minuman dan makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar dengan KKM?

Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, pihak Puan boleh menghubungi BKKM di 03-8885 0797.

Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.

Bagaimana mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar?

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam. Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam.

Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf. Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.