Perkhidmatan

Berapakah jumlah farmasi komuniti di Malaysia?

Sila rujuk graf Bilangan Farmasi Komuniti di Malaysia Mengikut Negeri dalam menu statistik. 

Adakah Perkhidmatan UMP1M ini disediakan disemua fasiliti KKM di seluruh negara? Is UMP1M service available in all KKM facilities?

Buat masa ini, tidak semua fasiliti KKM menyediakan perkhidmatan ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan UMP1M ini, sila hubungi pegawai farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan terdekat anda.
(Rujuk senarai fasiliti yang menawarkan perkhidmatan UMP1M)

Adakah Pegawai Farmasi KKM dibenarkan menjalankan lokum?

Pegawai Farmasi KKM, dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah dibenarkan melakukan pekerjaan luar (lokum) sejak tahun 2006.

Walau bagaimanapun, berkuatkuasa 23 Mac 2011, kebenaran untuk melakukan lokum kepada semua Pegawai Farmasi telah ditangguhkan demi kepentingan penyampaian perkhidmatan kesihatan di KKM. Terkini, bilangan pegawai farmasi di komuniti farmasi adalah terhad dan menyebabkan waktu perkhidmatan yang terhad.

Maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) KKM telah mengkaji semula dan mengemaskini tatacara permohonan lokum sedia ada berdasarkan maklum balas dan isu-isu yang timbul sebelum ini. Jesteru, dengan persetujuan KPK, BPF KKM telah membenarkan Pegawai Farmasi KKM untuk melakukan lokum.  

Untuk keterangan lanjut sila rujuk pautan berikut:
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/syarat-syarat-melakukan-lokum-carta-alir-proses-permohonan-lokum.html
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/borang-permohonan-rekod-aktiviti-lokum-pegawai-farmasi-kkm.html

 

Bilakah sistem e-prescribing Pharmacy Information System (PhIS) / Clinic Pharmacy System (CPS) akan dimulakan

Sistem PhIS/ CPS dijangka akan dimulakan di 21 fasiliti pilot KKM pada Mac 2013 dan akan digunapakai di semua fasiliti Hospital dan Klinik Kesihatan KKM seluruh negara.

Halaman-halaman