Pengiklanan

Bolehkah ubat-ubatan yang telah mendapat kelulusan USFDA tetapi tidak mempunyai nombor pendaftaran 'MAL' diiklankan di Malaysia?

Kelulusan oleh USFDA tidak bermaksud sesuatu ubat itu sudah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua ubat-ubatan perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum boleh dijual atau dipasarkan di Malaysia. Semua iklan ubat-ubatan yang hendak disiarkan perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Iklan Ubat KKM terlebih dahulu.

Adakah produk minuman dan makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar dengan KKM?

Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, pihak Puan boleh menghubungi BKKM di 03-8885 0797.

Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Bahagian Regulator Farmasi Negara (NPRA) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.

Halaman-halaman