Pengguna

Adakah KKM membayar balik pembelian ubat,yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital dan harus dibeli oleh pesakit?

Terdapat Peraturan Permohonan Bantuan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Melibatkan Ubat. Peraturan ini digunapakai apabila ubat-ubatan tersebut tidak dapat disediakan atau dibekal oleh hospital kerajaan. Berikut disenaraikan prosedur permohonan pembiayaan perbelanjaan melibatkan ubat bagi penjawat awam yang masih bertugas:

  1. Pesakit mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan
  2. Perbelanjaan bagi pembekalan ubat diperaku (prescribed) oleh Pegawai Perubatan kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat ubat tersebut disenaraikan di dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/hospital universiti. Permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09
  3. Permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan di mana pesakit  itu bertugas
  4. Bayaran perbelanjaan adalah ditanggung oleh jabatan di mana pesakit itu bertugas
  5. Pesakit menerima bekalan ubat-ubatan selepas permohonan diluluskan dan pembayaran dibuat oleh jabatan

Permohonan bagi pembekalan ubat untuk tempoh yang berpanjangan adalah dibenarkan. Namun begitu, kelulusan oleh Ketua Jabatan adalah tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan. Pihak Tuan/Puan disyorkan untuk mengisi Borang Perubatan 1/09 serta mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu.

Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?

Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai  kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM. 

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

Anda juga boleh menyemak kesahihan status nombor pendaftaran atau maklumat berkaitan produk tersebut di  laman http://www.pharmacy.gov.my.

Berapakah tempoh masa untuk proses mendapatkan kebenaran mengimport produk tidak berdaftar?

Kebenaran untuk mengimport ubat-ubatan tidak berdaftar hanya diberi bagi kes-kes yang mengancam nyawa dan pesakit mestilah di bawah penyeliaan seorang pengamal perubatan berdaftar. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari

Bolehkah sesuatu produk yang tidak berdaftar diimport masuk ke Malaysia?

Mengimport produk-produk yang tidak berdaftar dengan PBKD merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. Walau bagaimanapun, pengecualian khas boleh diberikan untuk tujuan rawatan penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti mana diperuntukkan di bawah Peraturan 15(6) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Bagaimana untuk membuat aduan berkenaan ubat tidak berdaftar?

Aduan boleh dibuat melalui telefon, e-mel atau secara bertulis kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi. Anda juga boleh menghubungi pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan

Adakah KKM membayar balik pembelian ubat yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital dan harus dibeli oleh pesakit?

Terdapat Peraturan Permohonan Bantuan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Melibatkan Ubat. Peraturan ini digunapakai apabila ubat-ubatan tersebut tidak dapat disediakan atau dibekal oleh hospital kerajaan. Berikut disenaraikan prosedur permohonan pembiayaan perbelanjaan melibatkan ubat bagi penjawat awam yang masih bertugas :

  1. Pesakit mendapat rawatan di hospital/klinik kerajaan
  2. Perbelanjaan bagi pembekalan ubat diperaku (prescribed) oleh Pegawai Perubatan kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat ubat tersebut disenaraikan dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/hospital universiti
  3. Permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09
  4. Permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan di mana pesakit itu bertugas
  5. Bayaran perbelanjaan adalah ditanggung oleh jabatan di mana pesakit itu bertugas
  6. Pesakit menerima bekalan ubat-ubatan selepas permohonan diluluskan dan pembayaran dibuat oleh jabatan
  7. Permohonan bagi pembekalan ubat untuk tempoh yang berpanjangan adalah dibenarkan
  8. Namun begitu, kelulusan oleh Ketua Jabatan adalah tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan
  9. Pihak Puan disyorkan untuk mengisi Borang Perubatan 1/09 serta mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu