Kerjaya

Siapa yang layak menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?

  1. Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
  2. Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
  3. Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.

Bagaimana status FRP tajaan JPA bagi mereka yang menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?

Mereka yang terlibat masih perlu mematuhi perjanjian biasiswa/pinjaman dengan JPA untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam mengikut tempoh dalam perjanjian berkenaan.

Siapa yang terlibat dalam pemendekan tempoh khidmat wajib pegawai farmasi dari 3 tahun ke 1 tahun

  1. FRP yang didaftarkan mulai tahun 2011 diberikan notis 1 tahun khidmat wajib secara automatik.
  2. FRP yang telah diberikan notis khidmat wajib dan layak untuk menukar notis berkenaan ke notis 1 tahun khidmat wajib.

Adakah Pegawai Farmasi KKM dibenarkan menjalankan lokum?

Pegawai Farmasi KKM, dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah dibenarkan melakukan pekerjaan luar (lokum) sejak tahun 2006.

Walau bagaimanapun, berkuatkuasa 23 Mac 2011, kebenaran untuk melakukan lokum kepada semua Pegawai Farmasi telah ditangguhkan demi kepentingan penyampaian perkhidmatan kesihatan di KKM. Terkini, bilangan pegawai farmasi di komuniti farmasi adalah terhad dan menyebabkan waktu perkhidmatan yang terhad.

Maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) KKM telah mengkaji semula dan mengemaskini tatacara permohonan lokum sedia ada berdasarkan maklum balas dan isu-isu yang timbul sebelum ini. Jesteru, dengan persetujuan KPK, BPF KKM telah membenarkan Pegawai Farmasi KKM untuk melakukan lokum.  

Untuk keterangan lanjut sila rujuk pautan berikut:
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/syarat-syarat-melakukan-lokum-carta-alir-proses-permohonan-lokum.html
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/borang-permohonan-rekod-aktiviti-lokum-pegawai-farmasi-kkm.html

 

Halaman-halaman