WASPADA PEMBELIAN UBAT "ONLINE"

KEMPEN KESEDARAN WASPADA PEMBELIAN UBAT DALAM TALIAN disuntik dengan elemen baru iaitu tagline #biarbetuliklanni!. Tagline ini dipilih bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian. Ia juga adalah seiring dengan usaha kami untuk meningkatkan kesedaran orang awam supaya senantiasa berwaspada dan tidak mudah percaya iklan-iklan ubat yang dilihat di Internet.

Jika tuan/puan meragui sesuatu iklan ubat di laman sosial, sila tinggalkan tanda pagar #biarbetuliklanni! pada ruangan komen posting yang dibuat oleh pihak pengiklan. Tagline tersebut secara tidak langsung akan memberi indikator bendera merah atau ‘Red flag’dan menimbulkan perasan curiga sekiranya ia ditinggalkan di ruangan komen dengan harapan supaya pengguna Internet lain lebih berwaspada dan tidak terus mempercayai iklan tersebut.

Bagi penjual ubat dalam talian pula, jadilah penjual yang bertanggungjawab. Sila patuhi undang-undang berkaitan penjualan dan pengiklanan ubat-ubatan di Malaysia.

 

Pastikan semak sebelum klik!