Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian
KEMPEN KESEDARAN WASPADA PEMBELIAN UBAT DALAM TALIAN diteruskan pada tahun 2021 dengan objektif utama untuk:
- Meningkatkan kesedaran pengguna tentang bahaya dan risiko pembelian ubat secara dalam talian;
- Mengelakkan pengguna daripada bahaya ubat tidak berdaftar@palsu yang terdapat dipasaran; dan
- Meningkatkan kesedaran pengguna supaya tidak mudah mempercayai iklan-iklan yang disiarkan internet ataupun media sosial. dengan tuntutan perubatan yang tidak diluluskan oleh KKM
Jika Anda meragui sesuatu iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan yang disiarkan di internet ataupun di laman media sosial, sila tinggalkan tanda pagar #biarbetuliklanni! pada ruangan komen iklan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan perasan curiga dalam diri pengguna media sosial yang lain dengan harapan, mereka akan lebih berwaspada dan tidak terus mempercayai iklan tersebut.
Sila laporkan sebarang aduan berhubung penjualan ubat ataupun penyiaran iklan yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di URL https://moh.spab.gov.my
Bagi penjual ubat dalam talian pula, jadilah penjual yang bertanggungjawab. Sila patuhi undang-undang berkaitan penjualan dan pengiklanan ubat-ubatan di Malaysia.
Pastikan semak sebelum klik!
- 30988 bacaan