Waspada Iklan Haram

Waspada Iklan Haram

Iklan-iklan ini kebanyakkannya memuatkan kenyataan superlatif seperti ‘Dijamin’, ‘Berkesan’, ‘Tiada Kesan Sampingan’, ‘Ajaib’, ‘No. 1’ dan sebagainya. Tidak terkecuali kebanyakkannya menawarkan janji-janji manis yang diragui kesahihannya. Selain itu iklan haram sering memuatkan kenyataan yang tidak bermoral terutamanya berunsur lucah. Contohnya peningkatan prestasi seksual samada secara terang atau tersirat semata-mata untuk menarik perhatian pengguna. Lebih membahayakan terdapat pula pelbagai testimoni dari pengguna-pengguna yang diragui kesahihannya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan haram yang mengelirukan dan berhenti menggunakan produk-produk tersebut. Mereka juga diingatkan agar menjauhkan diri dari membeli produk-produk kesihatan dari sumber yang tidak boleh dipercayai khususnya iklan-iklan di laman sosial seperti Facebook, blog, Wechat dan Instagram. Anda dinasihatkan agar mendapat nasihat kesihatan dari pengamal perubatan yang bertauliah dan bukannya dari sumber-sumber iklan yang diragui kesahihannya. Produk-produk yang tidak berdaftar, dicampurpalsu atau kosmetik tidak bernotifikasi adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan.

Antara rantaian iklan haram yang boleh ditemui di Internet adalah:

  • Iklan dari facebook menghubungkan kepada  website/blog
  • Iklan dari emel berantai menghubungkan kepada website/blog/laman sosial
  • Iklan dari TV atau radio menghubungkan kepada website/blog/laman sosial
  • Iklan dari media bercetak contohnya surat khabar atau majalah menghubungkan kepada to website/blog/laman sosial
  • Dan sebagainya

Walau apapun kaedah rantaian iklan haram tersebut, pengguna dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tuntutan-tuntutan perubatan yang dibuat.