Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK MINIMUM KE PROGRAM IJAZAH FARMASI OLEH LEMBAGA FARMASI MALAYSIA BERKUATKUASA MULAI   
  15 JANUARI 2018

 

           

Cara Kemasukan

 

Syarat A

Syarat B

 

STPM

 

CGPA 3 dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) subjek iaitu;

 

  • Biologi; dan
  • Kimia; dan
  • Fizik atau Matematik

 

dengan sekurang-kurang nya B dalam subjek Kimia

 

 

 

  1. Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Nota:

Untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

 

 

A - LEVEL

 

3B ATAU 2A1C ATAU 1A1B1C dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik ATAU Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia.

 

(Dengan merujuk Sistem Skor Universities and Colleges Admission Service

 

 (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor  A+ = 140, A=120, B= 100 dan C=80)

 

 *   Keperluan 3B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk matapelajaran Kimia.

 

  1. Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Nota:

Untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

 

 

MATRIKULASI

 

ATAU

 

PRA-PENGAJIAN

PERUBATAN DAN FARMASI

 

ATAU

 

FOUNDATION DALAM SAINS

 

Matrikulasi ATAU Pra-Pengajian Farmasi/ Perubatan dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B bagi Kimia.  

 

 

ATAU

 

Foundation dalam Sains dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B  bagi Kimia. 

DAN 

 

Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun.

 

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

 

  1. Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Nota:

Untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

 

 

DIPLOMA

 

Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia.

 

ATAU

 

Diploma Farmasi CGPA 3.5 dan ke atas.

 

 

 

 

 

  1. Syarat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

 

  1. Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Nota:

Untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

 

 

IJAZAH PERTAMA DALAM SAINS

 

Ijazah Pertama dalam Sains CGPA 2.75 dan ke atas.

 

(CGPA 2.75 = Gred C+)

 

 

-

 

NOTA:

Setiap pelajar perlu mematuhi Syarat A dan Syarat B (jika ada) seperti di atas sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah farmasi.