- GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEDICINES ACCESS SCHEME (MASc) DI FASILITI KKM
- GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEDICINES ACCESS SCHEME (MASc) DI FASILITI KKM
- Senarai Ubat-ubatan Penting Kebangsaan (NEML)
- Pindaan Pada Akta Yang Dikuatkuasakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
- TAWARAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL FARMASI NUKLEAR DI JABATAN PERUBATAN NUKLEAR, HOSPITAL-HOSPITAL KKM UNTUK AHLI FARMASI SWASTA
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
Sistem pembekalan ubat-ubatan melalui SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.
OBJEKTIF
- Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.
- Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
- Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.
SKOP PERKHIDMATAN
Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (jangka masa melebihi satu bulan) dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?
- Dapatkan rawatan dan preskripsi ubat daripada doktor anda.
- Dapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi di mana anda mendapatkan rawatan.
- Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang berdekatan.
- Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi.
SPUB MEMUDAHKAN ANDA
- Berdekatan dengan kediaman anda
- Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
- Menjamin bekalan ubat berterusan
MAKLUMAT LANJUT
Sila rujuk anggota farmasi di hospital/klinik kesihatan KKM berdekatan anda sekiranya anda ingin mengetahui tentang perkhidmatan ini atau berminat menggunakannya.
- 43925 bacaan