Sistem Pelaporan Kesilapan Pengubatan (MERS)

Sistem Pelaporan Kesilapan Pengubatan (MERS) telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Ogos 2009. Melalui sistem ini, anggota kesihatan perlu melaporkan semua kesilapan pengubatan yang berlaku di fasiliti kesihatan. Ini membolehkan pemantauan kesilapan pengubatan dilakukan dan langkah-langkah pencegahan dapat dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang serupa daripada berulang.