Senarai Inisiatif Kualiti Farmasi yang Pernah Menerima Pengiktirafan di Peringkat Program / Kementerian / Kebangsaan / Antarabangsa

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau dan mengiktiraf anggota farmasi di seluruh negara yang aktif dalam menjalankan aktiviti inisiatif kualiti seperti Inovasi, Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Quality Assurance (QA) dan sebagainya. 

Kaedah Best Practice Sharing digunakan bagi berkongsi idea dan menggalakkan fasiliti untuk mengadaptasi inisiatif yang bersesuaian di tempat masing-masing. Di samping itu, ia dapat mengelakkan pengulangan idea sedia ada, sekaligus dapat menggalakkan percambahan idea-idea baru yang lebih kreatif dan inovatif bagi menghasilkan lebih banyak inisiatif bagi memanfaatkan rakyat dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan.

 

Berikut adalah senarai aktiviti inisiatif kualiti yang pernah menerima pengiktirafan dan penghargaan di peringkat program / kementerian / kebangsaan / antarabangsa:

1. Senarai inisiatif kualiti farmasi yang menerima pengiktirafan & penghargaan di peringkat kementerian / kebangsaan / antarabangsa (2006-2017)

2. Senarai pemenang Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi (2011-2017)

3.  Senarai pemenang Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi (2019)

Tag: 
inovasi
kualiti
KIK
QA
best sharing practice