Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Risiko pembelian ubat melalui Internet
Pembelian ubat dan produk kesihatan melalui Internet adalah berisiko sebagaimana berikut:
- Maklumat tidak tepat daripada individu yang tidak bertauliah
- Mendapat kesan sampingan daripada konsultasi yang tidak tepat dan ubat yang dibeli
- Mendapat produk tidak berdaftar
- Mendapat ubat tiruan
- Mendapat produk yang dicampur dengan racun berjadual
- Terdedah kepada iklan yang tidak sahih dan produk yang memudaratkan kesihatan
- Produk dirampas di pintu masuk negara bagi pembelian ubat dari luar negara
- keselamatan, kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna tidak dapat dipastikan.
- Penipuan/ scam
Adalah diingatkan bahawa ubat tiruan boleh menyebabkan kematian. Ia berkemungkinan tinggi mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri, arsenik, kadmium, atau plumbum. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membawa maut. Tambahan pula, produk tersebut mungkin dihasilkan di premis tidak berlesen yang tidak menyediakan persekitaran yang bersih seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
- 27247 bacaan