Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Program Pemulangan Ubat
Pada tahun 2010, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Program Pemulangan Ubat. Melalui program ini, pesakit boleh memulangkan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau berlebihan untuk dilupuskan dengan cara yang selamat.
Antara faktor yang menyumbang kepada ubat berlebihan dalam simpanan pesakit adalah seperti berikut:
- Pertukaran regimen rawatan
- Pemberhentian rawatan
- Pesakit tidak komplian terhadap pengubatan
- Pesakit meninggal dunia
- Ubat diperolehi dari pelbagai sumber
Ubat-ubat yang tidak diperlukan lagi boleh dipulangkan melalui kaunter farmasi / kotak pemulangan ubat yang disediakan di semua fasiliti farmasi hospital dan klinik kesihatan KKM.
- 11937 bacaan