Portal BPF - Kini Berwajah Baru

Selamat datang ke Portal BPF serba baru!

Portal BPF kini diperkemas dari aspek kandungan, paparan serta fungsi demi memberikan hanya yang terbaik untuk anda. Berikut merupakan antara ciri-ciri baru yang dimuatkan dalam Portal BPF yang baru:

New menu

Menu Navigasi Baru

Struktur menu disusun semula dengan paparan yang lebih jelas bagi membolehkan anda mencapai maklumat yang diperlukan dengan lebih cepat. Menu ini juga dioptimumkan agar serasi dengan peranti skrin sesentuh.

Highlights

Capaian Pantas

Ruangan ini memaparkan senarai kandungan untuk anda yang disusun mengikut kategori. Pilih sama ada anda ingin melihat kandungan terkini atau paling popular, atau lawati galeri foto dan koleksi video serta muat turun fail  pilihan anda dengan mudah. 

Search function

Fungsi Carian

Cari maklumat yang anda inginkan dengan lebih pantas, mudah dan berkesan. Kini anda boleh mencapai maklumat yang anda inginkan dengan membuat carian tanpa perlu menjelajah setiap halaman. Cuma masukkan kata kunci untuk carian segera atau lakukan carian secara terperinci dengan memilih fungsi carian maju.

Dynamic content

Kandungan Dinamik

Papar maklumat dalam bentuk yang anda inginkan. Kami cuba sedaya upaya memastikan agar maklumat disediakan dalam paparan yang mudah difahami serta menepati kehendak anda. Oleh itu, kami menyediakan sebahagian data dalam bentuk dinamik agar anda boleh membuat tapisan, carian dan susun mengikut kesesuaian dan keperluan anda.

Multimedia content

Kandungan Multimedia

Kandungan multimedia kini turut dimuatkan dalam portal BPF. Anda boleh melihat aktiviti yang dilaksanakan oleh bahagian ini atau menonton koleksi video yang disediakan dalam portal ini.