Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
Lembaga Farmasi Malaysia telah menetapkan keperluan untuk lulus dalam Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi sebagai salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi.
KATEGORI PEMOHON
Kategori pemohon yang berikut layak memohon untuk menduduki peperiksaan dan wajib lulus peperiksaan:
- Graduan yang ingin memohon untuk mendaftar sebagai Ahli Farmasi Provisional (PRP).
- Ahli Farmasi Provisional (PRP) yang sedang menjalani latihan provisional di Malaysia (telah mendaftar sebagai PRP sebelum November 2016).
- Ahli Farmasi bukan kategori PRP yang mempunyai kelayakan ijazah farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) seperti berikut:
- Ahli Farmasi yang telah berdaftar di luar negara dan ingin berdaftar di Malaysia
- Ahli Farmasi warganegara asing yang ingin memohon untuk Pendaftaran Sementara dengan LFM
- Pelajar farmasi tahun tiga, tahun akhir (tahun 4) dan pelajar yang telah bergraduasi (belum dibuat penempatan latihan) dari program farmasi yang diiktiraf oleh LFM.
FORMAT PEPERIKSAAN
- Terdapat sebanyak 100 soalan Multiple Choice Questions (MCQ) dalam bentuk “open book format”.
- Calon perlu menjawab semua soalan dalam tempoh 3 jam 30 minit.
- Peperiksaan ini menggunakan negative marking system seperti berikut:
a) Markah lulus adalah 50%.
b) Empat (4) pilihan jawapan diberi – A, B, C atau D
c) 0.25 markah akan ditolak bagi setiap jawapan yang salah.
d) Bagi soalan yang tidak dijawab, tiada markah yang akan ditolak.
RUJUKAN UNTUK PEPERIKSAAN
Bahan rujukan yang digunakan sebagai sumber rujukan untuk peperiksaan:
- Malaysian Laws on Poisons & Sale of Drugs yang merangkumi akta dan peraturan seperti berikut:
- Poisons Act 1952 & its Regulations
- Sale of Drugs Act 1952
- Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984
- Registration of Pharmacists Act 1951 & its Regulations
- Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 & its Regulations
- Dangerous Drugs Act 1952 and its Regulations
- Code of Ethics for Pharmacists 2018
- Malaysian National Medicine Policy 2017-2021
- Good Governance for Medicine
TARIKH PEPERIKSAAN KELAYAKAN UNTUK MENGAMAL FARMASI 2023
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi ditetapkan sebanyak tiga (3) kali dalam setahun. Takwim peperiksaan bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:
- Puan Datcayani a/p Ramadoo, 03-78413276, datcayani@moh.gov.my
- Puan Azlira binti Ilias, 03-7841 3319, azlira@moh.gov.my
- 81269 bacaan