Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Pemprosesan Permohonan Untuk Kelulusan Premis Latihan Bagi Ahli Farmasi Berdaftar Provisional (PRP)
Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) bertanggungjawab memproses permohonan untuk kelulusan premis bagi latihan PRP samada di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun di fasiliti swasta tempatan yang melibatkan proses pewartaan sebelum dapat dimasukkan ke dalam Jadual Kedua, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.
Pada 13 Ogos 2012, Menteri Kesihatan Malaysia melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 255 telah membuat pindaan kepada Jadual Kedua Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 supaya memasukkan premis bukan kerajaan (premis swasta tempatan) ke dalam jadual berkenaan bagi tujuan latihan PRP.
Premis swasta tempatan yang layak memohon adalah:
- Farmasi Komuniti Swasta
- Farmasi Pesakit Luar Hospital Swasta
- Kilang GMP Farmaseutikal
- Fakulti Farmasi, Institusi Pengajian Tinggi yang menjalankan ‘Research and Development’ (R&D).
Premis memiliki fasiliti asas bagi memenuhi latihan mengikut jenis premis serta kriteria yang berikut:
A. Farmasi Komuniti Swasta
- Penilaian lawatan akreditasi berdasarkan “Community Pharmacy Benchmarking Guideline 2011’ oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.
- Mempunyai seorang preseptor sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan LFM dan empat (4) tahun pengalaman.
B. Farmasi Pesakit Luar Hospital Swasta
- Mendapat akreditasi dari Malaysia Society for Quality in Health (MSQH).
- Mempunyai seorang preseptor sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan LFM dan empat (4) tahun pengalaman.
C. Kilang GMP Farmaseutikal
- Memiliki Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.
- Mempunyai seorang preseptor sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan LFM dan empat (4) tahun pengalaman.
D. Fakulti Farmasi, Institusi Pengajian Tinggi yang menjalankan ‘Research and Development’ (R&D).
- Mendapat Pengiktirafan Penuh dari LFM bagi program Ijazah Farmasi.
- Mendapat Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi menjalankan program Sarjana atau Doktor Falsafah.
- Mempunyai seorang preseptor sekurang-kurangnya seorang Ahli Farmasi yang berdaftar dengan LFM dan empat (4) tahun pengalaman.
Kelulusan boleh dipertimbangkan sekiranya permohonan telah mematuhi kriteria yang ditetapkan dengan syarat-syarat berikut:
- Premis latihan telah mendapat kelulusan Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM);
- Preseptor di premis berkenaan telah menjalani latihan ”Training of Trainers” yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF);
- Menggunakan buku log serta ”Appraisal” mengikut modul premis latihan selama 52 minggu;
- Mematuhi perjanjian antara PRP dan majikan swasta;
- Gaji permulaan tidak kurang dari RM2,400.00;
- Nisbah preseptor : PRP adalah 1:2.
- 10933 bacaan