Panduan Pembelian Ubat "Online"

Berikut adalah panduan sekiranya perlu untuk membeli ubat dalam talian:

  • DAPATKAN nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan jika mempunyai penyakit kronik, sila dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan berdaftar sahaja.
  • HANYA boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). Semak pendaftaran ubat di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi "NPRA Product Status" yang boleh didapati dari Google Play, App Store dan Huawei App Gallery dan sekiranya anda membeli ubat di premis farmasi, anda boleh menyemak ketulenan hologram dengan menggunakan aplikasi FarmaChecker.
  • JANGAN BELI ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).
  • ELAKKAN membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara
  • PASTIKAN iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU
  • JANGAN terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis iklan terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain. Semak iklan yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan
  • KENAL PASTI premis fizikal penjual yang membuat penjualan dalam talian dan PASTIKAN ia berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

NOTA:

Risiko pembelian ubat secara online dari sumber yang tidak sah mungkin anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicampur racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda. Semakan produk yang diharamkan boleh dibuat di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/banned-product