- Guidance On The Requirement To Import, Handle, Store And Distribute COVID-19 Vaccines In Malaysia
- Reports of Kidney-Related and Liver-Related Adverse Reactions after Consumption of Ganoderma (Lingshi / Reishi) Products
- Jemputan Unified Public Consultation (UPC): Pelaksanaan Mekanisme Harga Ubat & Kajian Cost Benefit Analysis (CBA)
- Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
- Pesanan Untuk Ahli Farmasi Berdaftar
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat. Usaha ini dilakukan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan, kawalan melalui pelesenan, aktiviti pemantauan dan juga aktiviti peningkatan kesedaran pengguna untuk menurunkan permintaan terhadap produk yang tidak selamat atau membahayakan.
Objektif
Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan juga meningkatkan kesedaran pengguna ke atas pengunaan ubat yang berdaftar.
Cawangan-Cawangan
Perisikan dan Operasi
- Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi.
- Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi.
- Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
- Menjalankan aktiviti audit ubat-ubat terkawal.
Pelesenan
- Memproses lesen/permit/kebenaran merangkumi aktiviti penjualan, penggunaan, pengimportan dan pengeksportan bagi racun, dadah berbahaya, bahan psikotropik,bahan terkawal dan bahan kimia prekursor.
- Menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dilesenkan di bawah Akta yang dikuatkuasakan
- Menyelaras dan memantau aktiviti saringan dan pemeriksaan pengimportan produk dan bahan-bahan yang dikawal di pintu-pintu masuk Kastam
- Menyelaras dan memantau aktiviti pelesenan dan pemeriksaan di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.
Perundangan
- Menjalankan dan mengawalselia aktiviti penggubalan undang-undang melibatkan pewartaan, pindaan, kemaskini senarai racundan pelantikan pegawai di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan.
- Memproses pengecualian khas bagi pengimportan keluaran tidak berdaftar bagi institusi kerajaan, swasta, pusat-pusat pengajian tinggi dan makmal-makmal penyelidikan.
- Memantau perjalanan aktiviti siasatan bagi kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan.
- Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraan kes-kes di mahkamah berdasarkan Akta-akta yang dikuatkuasakan.
Kawalan Iklan
- Memproses permohonan kelulusan iklan ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan.
- Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi
- Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.
- Mengumpul dan menyelaras statistik penguatkuasaan farmasi dan memantau aktiviti berkaitan kualiti dan inovasi penguatkuasaan farmasi.
- Menyelaras perancangan aktiviti dan latihan penguatkuasaan farmasi.
Forensik
- Menganalisa sampel-sampel produk yang terdapat di pasaran, yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
- Mewujudkan pangkalan data bagi sampel yang diuji dan maklumat-maklumat yang berkaitan penguatkuasaan untuk dijadikan bahan rujukan dan kajian penyelidikan bagi aktiviti penguatkuasaan farmasi.
- Mengkoordinasi dan Memberi input teknikal dan forensik farmasi dalam proses siasatan kes yang melibatkan pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi berkaitan digital.
- Menjalankan forensik digital dan pemulihan data bagi membolehkan maklumat dibawa ke mahkamah.
- Menjalankan pengumpulan maklumat-maklumat digital untuk tujuan tindakan penguatkuasaan.
- Mewujudkan rangkaian kerjasama agensi penguatkuasaan undang-undang berkaitan siber dari segi kemahiran siasatan serta perkongsian maklumat.
- Mengadakan latihan di dalam bidang forensik digital kepada anggota KKM dan Pegawai Penguatkuasa Farmasi khususnya.
- Menyelaras dan memantau aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) berkaitan penguatkuasaan farmasi.
- 43075 bacaan
Versi pencetak mesra pengguna
Hantar menerusi emel