- Laporan Tahunan dan Statistik Program Perkhidmatan Farmasi
- Dilution Guideline for Injectable Drugs (Part 1 - Antimicrobial)
- Badan Profesional Yang Mendaftarkan Ahli Farmasi Di Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh Lembaga Farmasi Malaysia
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Penempatan Selepas Tamat Latihan Siswazah Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) di KKM
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia bertanggungjawab memastikan pendaftaran ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan mematuhi Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Bahagian ini juga berfungsi dalam penetapan kod etika dan tingkah laku, garispanduan serta standard pengiktirafan program ijazah farmasi.
Cawangan-cawangan
Pendaftaran
- Menguruskan permohonan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pelanggan.
- Menguruskan permohonan premis latihan ahli farmasi provisional bagi memastikan kualiti latihan PRP.
- Menjalankan audit di premis latihan ahli farmasi provisional bagi memastikan semua premis latihan mengikuti garispanduan premis latihan PRP yang ditetapkan.
- Menguruskan permohonan sijil tahunan ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan.
- Mengendalikan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi tujuan pendaftaran ahli farmasi.
Pengiktirafan Dan Etika
- Menguruskan permohonan akreditasi dan pengiktirafan bagi program ijazah farmasi oleh pemberi pendidikan tinggi berdasarkan Standard Kelulusan dan Pengiktirafan Program Ijazah Farmasi bagi memastikan kualiti program ijazah farmasi.
- Melaksanakan tugas-tugas urus setia kepada Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan Mesyuarat Penyiasatan LFM bagi memastikan perkhidmatan LFM yang lebih cekap dan efisien.
- Melaksanakan tugas-tugas urus setia terhadap penyiasatan kes salah laku profesional ahli farmasi dan pertubuhan perbadanan berdaftar.
- Menguruskan memorandum perjanjian untuk latihan sangkutan pelajar-pelajar program ijazah farmasi dari pemberi pendidikan tinggi di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Membuat kompilasi statistik berkaitan data Lembaga Farmasi Malaysia agar pemantauan dan penambahbaikan terhadap proses kerja dapat dikenalpasti.
- 2545 bacaan
Versi pencetak mesra pengguna
Hantar menerusi emel