- Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
- Garis Panduan Perkhidmatan E-Pharmacy Dalam Online Healthcare Services
- Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-peraturannya
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi bertanggungjawab untuk;
- Merancang pengurusan keperluan sumber manusia Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi di seluruh negara supaya lebih efisen dan cemerlang.
- Merancang dan menyelaras pembangunan dan pengurusan dasar bagi sektor farmaseutikal serta penyelarasan isu-isu berkaitan dasar, aduan dan perhubungan intra-agensi dan inter-agensi.
- Menyelaras dan memantau pembangunan infrastruktur farmasi dan sistem kualiti perkhidmatan farmasi di fasiliti kesihatan KKM.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan keperluan prasarana ICT, keselamatan ICT, penyelenggaraan peralatan/ rangkaian/ bilik server dan perisian ICT jabatan.
- Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti- aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi Program Perkhidmatan Farmasi.
- Menyelaras dan melaksanakan pengurusan perkhidmatan, pengurusan aset dan stor, pengurusan perolehan, pengurusan kenderaan dan pengurusan fail dan dokumen bagi anggota di Program.
- Menyelaras dan memantau kedudukan perbelanjaan dan kewangan Program Perkhidmatan Farmasi supaya lebih efisien.
Cawangan-cawangan
Cawangan Dasar Farmasi
- Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti pembangunan Dasar Ubat Nasional dan membuat pemantauan berkala pelaksanaan aktiviti pelan tindakan yang telah dirancang.
- Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti pembangunan Pelan Strategik Program dan membuat pemantauan berkala pelaksanaan akt iviti pelan tindakan yang telah dirancang.
- Memberi khidmat nasihat dan input berkaitan integriti praktis farmasi dan Good Governance for Medicines.
- Menyelaras dan memudahcara perhubungan intra-agensi, inter-agensi dan antarabangsa dalam perkhidmatan farmasi.
- Menyelaras penyediaan kertas-kertas polisi yang perlu diputuskan di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi.
- Menyelaras input berkaitan dasar / input polisi luar yang berkaitan dengan Program (dalam dan luar negara).
- Memantau dan membuat penyelarasan aduan yang diterima.
- Menyelaras pertanyaan daripada Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara).
- Menyelaras perhubungan dengan media.
Cawangan Pembangunan Profesion Farmasi
- Merancang dan mengkaji keperluan Pegawai Farmasi di semua fasiliti KKM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan farmasi yang berterusan dapat diberikan di seluruh negara.
- Merancang dan menyelaras urusan pengambilan, penempatan, pertukaran dan pelan penggantian berdasarkan keperluan perkhidmatan serta memastikan pengagihan Pegawai Farmasi KKM secara optimum di seluruh negara.
- Mengkaji dan menambah baik pembangunan profesion farmasi dan skim perkhidmatan Pegawai FarmasI di KKM.
- Merancang, menyelaras dan memantau latihan (jangka pendek dan jangka panjang) bagi Pegawai Farmasi di peringkat Ibu Pejabat KKM.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) dan Credentialing bagi Pegawai Farmasi KKM.
- Mengenal pasti, merancang dan memantau aktiviti Continuous Professional Development (CPD) bagi Pegawai Farmasi di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM serta menyelaras dan memantau aktiviti CPD Pegawai Farmasi KKM di peringkat negeri / institusi bagi meningkatkan kompetensi.
- Menyelaras dan memantau Pegawai Farmasi KKM yang mengikuti kursus dalam pelbagai bidang farmasi di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).
- Menyelaras dan menyediakan input teknikal farmasi berkaitan urusan pembangunan sumber manusia dan modal insan melibatkan skim perkhidmatan Pegawai Farmasi di KKM.
Cawangan Perkembangan Infrastruktur & Kualiti Farmasi
- Menetapkan polisi / standard pembangunan infrastruktur fasiliti farmasi KKM serta memberi input / ulasan terhadap projek pembangunan atau permohonan yang berkaitan.
- Memantau dan menyelaras permohonan / pelaksanaan pembangunan infrastruktur farmasi melalui peruntukan di bawah RMK, BP6, BP11 atau sumber lain yang berkenaan termasuk mengemaskini data pembangunan fasiliti farmasi KKM.
- Merancang, menyelaras dan memantau pencapaian indikator kualiti Program Perkhidmatan Farmasi seperti Program Quality Assurance (QAP), Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator, KPI), Outcome Based Budget (OBB) dan Piagam Pelanggan.
- Menyelaras aktiviti audit KPI PKN bersama Sekretariat KPI KKM dan Indeks Akauntabiliti dan Penilaian Penarafan Bintang (SSR) serta lain -lain aktiviti berkaitan yang diarahkan.
- Menyelaras penyediaan bajet dan pemantauan peruntukan Belanja Mengurus Program Perkhidmatan Farmasi.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembudayaan kualiti dan inovasi anggota di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi seperti melalui projek LEAN, QA, KIK, pertandingan Inovasi atau inisiat if lain termasuk memantau pangkalan data berkaitan.
- Merancang dan memastikan keperluan MS ISO 9001:2015 di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM dipenuhi dari segi Dasar dan Objektif Kualiti, Dokumentasi ISO dan Audit ISO.
Cawangan Penyelidikan & Pembangunan Farmasi
- Merancang dan menyelaras halatuju serta aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi Program Perkhidmatan Farmasi.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelidikan farmasi di fasiliti-fasiliti KKM.
- Mengelola dan menjalankan projek penyelidikan farmasi tertentu di peringkat Program Perkhidmatan Farmasi.
- Mengumpul, menganalisa dan menyimpan data-data penyelidikan dan pembangunan di peringkat Program Farmasi.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan-latihan berkaitan bagi meningkatkan kemahiran anggota-anggota farmasi di dalam menjalankan penyelidikan.
- Menggalakkan penyebaran hasil penyelidikan farmasi melalui penerbitan dan pembentangan untuk digunakan sebagai rujukan di dalam menambah baik perkhidmatan dan pembentukan dasar-dasar Program Perkhidmatan Farmasi.
- Merancang, menyelaras dan memantau permohonan pelaksanaan penyelidikan secara kolaborasi dengan penyelidik dari institusi luar.
- Merancang, menyelaras dan memantau permohonan data berkaitan penyelidikan yang dipohon daripada Program Perkhidmatan Farmasi.
Cawangan Teknologi Maklumat & Informatik Farmasi
- Merancang polisi dan halatuju berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Program Perkhidmatan Farmasi serta memantau pelaksanaannya.
- Merancang, menyelaras dan menguruskan perolehan perkakasan atau pembangunan sistem Farmasi bagi memastikan ianya mematuhi tatacara perolehan yang berkuatkuasa.
- Merancang, menyelaras dan menguruskan penyediaan infrastruktur, isu keselamatan dan aktiviti sokongan teknikal ICT organisasi.
- Merancang dan menyelaras latihan penggunaan dan pelaksanaan sistem maklumat yang disediakan oleh Program Perkhidmatan Farmasi.
- Merancang, menyelaras dan menguruskan penyediaan data, standard dan laporan dari semua sistem maklumat Farmasi bagi memastikan ianya menepati keperluan organisasi.
Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi
- Merancang keperluan sumber manusia Penolong Pegawai Farmasi KKM di seluruh negara.
- Merancang penempatan dan pengisian bagi Penolong Pegawai Farmasi KKM dan Pegawai Kader.
- Merancang peruntukan dan menyelaras latihan Penolong Pegawai Farmasi KKM.
- Menyelaras dan mencadangkan pembangunan laluan kerjaya profesion Penolong Pegawai Farmasi KKM.
- Mengenalpasti, merancang dan memantau aktiviti Continuous Professional Development (CPD) bagi meningkatkan kompetensi Penolong Pegawai Farmasi KKM seluruh Malaysia.
- Menyelaras permohonan pengiktirafan Penolong Pegawai Farmasi bagi Program Pendispensan Methadone.
- Menyelaras dan memantau Penolong Pegawai Farmasi yang sedang menjalani Cuti Belajar dan pelantikan Secara Petukaran Sementara Khas.
Unit Pentadbiran
- Menyelaras, memantau dan melaksanakan pengurusan berkaitan perkhidmatan anggota-anggota di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM seperti rekod cuti, laporan prestasi dan kehadiran termasuk pengurusan HRMIS.
- Menyelaras dan memantau pengurusan kenderaan di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM.
- Menyelaras, memantau dan melaksanakan pengurusan pentadbiran pejabat termasuk kerja-kerja penyelenggaran di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM.
- Merancang, memantau dan melaksanakan pengurusan aset & stor di Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa.
- Merancang, memantau dan melaksanakan urusan perolehan bagi pembelian terus dan perolehan sebut harga bagi Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM mengikut prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
Unit Kewangan
- Menyelaras dan memantau kedudukan peruntukan yang diterima dari Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya sentiasa mencukupi untuk perbelanjaan ketiga-tiga aktiviti Program Perkhidmatan Farmasi.
- Menyelaras dan memantau urusan pembayaran bil-bil sama ada yang ada kontrak, dengan Pesanan Tempatan, tanpa Pesanan Tempatan, tuntutan perjalanan pegawai, tuntutan elaun penceramah, panjar wang runcit, panjar khas pembelian sampel dan penguatkuasaan dan membuat perakuan di dalam sistem semua urusan pembayaran di atas.
- Meluluskan di dalam sistem ePerolehan pengeluaran Pesanan Tempatan untuk setiap permohonan perolehan / pembelian tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi dan mematuhi semua peraturan kewangan.
- Memantau dan memperakaun urusan kutipan hasil.
- Menyelaras dan menyemak pelbagai laporan kewangan bulanan, suku tahunan atau laporan dua kali setahun yang perlu dihantar ke KKM.
- Menyelaras dan menyemak maklum balas setiap laporan Audit berkaitan pengurusan kewangan.
- Memantau dan menyemak Penyata Penyesuaian Hasil, Amanah dan Vot secara bulanan atau suku tahun.
- Menyebarkan maklumat berkaitan peraturan kewangan yang dikemas kini atau penambahbaikkan yang dilakukan sama ada oleh Jabatan Akauntan Negara, KKM atau Kementerian Kewangan.
- 33875 bacaan