- Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia
- Iklan Ubat Luput
- Guidance On The Requirement To Import, Handle, Store And Distribute COVID-19 Vaccines In Malaysia
- Reports of Kidney-Related and Liver-Related Adverse Reactions after Consumption of Ganoderma (Lingshi / Reishi) Products
- Jemputan Unified Public Consultation (UPC): Pelaksanaan Mekanisme Harga Ubat & Kajian Cost Benefit Analysis (CBA)
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi bertanggungjawab bagi memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui Amalan Farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara-negara maju
Cawangan-cawangan
Penjagaan Farmaseutikal
- Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan farmasi di peringkat hospital dan klinik kesihatan KKM bagi memastikan penyediaan, pembekalan dan pendispensan ubat yang tepat dan selamat kepada pesakit.
- Merancang, memperkembangkan serta menyelaras perkhidmatan penjagaan farmaseutikal (seperti kaunseling ubat-ubatan, MTAC dan perkhidmatan farmasi klinikal) bagi pesakit di fasiliti KKM .
- Menggubal polisi, garis panduan dan dasar berkaitan dengan amalan farmasi serta memantau proses implementasi di fasiliti KKM.
Pengurusan Formulari
- Menguruskan permohonan penyenaraian ubat ke dalam Formulari Ubat KKM (FUKKM) yang diterima dari negeri / hospital / JKK ubat / Institusi KKM untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat KKM (Mesyuarat Panel).
- Membangunkan Kod Ubat Malaysia atau Malaysia Drug Code (MDC) untuk setiap ubat yang berdaftar dan yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
- Menguruskan permohonan ubat-ubat yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) & Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF).
- Menilai permohonan ubat untuk penyenaraian ke dalam FUKKM berlandaskan ciri-ciri farmakoekonomik
Pengurusan Farmasi Logistik
- Memberi sokongan teknikal kepada Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM sebagai urusetia dalam menguruskan tender ubat – ubatan serta merancang keperluan ubat – ubatan bagi tender baru atau pembaharuan tender ubat – ubatan.
- Memantau prestasi perkhidmatan oleh syarikat konsesi dalam pembekalan ubat dan bukan ubat APPL dengan kerjasama Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri dan institusi KKM untuk penambahbaikan perkhidmatan.
- Mengumpul dan menganalisa data – data perolehan bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengurusan logistik farmaseutikal KKM serta diselaraskan mengikut keperluan Bahagian Kewangan KKM atau lain – lain agensi yang berkaitan.
- Merancang, menyelaras dan menguruskan perkembangan amalan perolehan dan pengurusan stor institusi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu hospital, Pejabat Kesihatan Daerah dan klinik kesihatan.
- Membantu Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dalam menyelaras sebarang aktiviti bersama Bahagian Kawalan Penyakit KKM berkaitan pelan kesiapsiagaan yang dijalankan dari semasa ke semasa.
Pengurusan Harga Ubat
- Mewujudkan satu pangkalan data harga ubat-ubatan berdasarkan maklumat harga yang diperolehi daripada peringkat pengedaran ubat, sebagai bahan rujukan dalam proses rundingan dan pemantauan harga ubat-ubatan.
- Memantau dan menjalankan aktiviti-aktiviti pemantauan dan kawalan harga ubat-ubatan.
- Mewujudkan polisi, garis panduan dan Standard Operating Prosedure (SOP) berkaitan pemantauan dan kawalan harga ubat-ubatan dan pembentukan tariff harga ubat.
- Diseminasi informasi berkenaan harga ubat-ubatan untuk kegunaan orang ramai dan pegawai-pegawai KKM.
- Menyediakan harga runcit yang dicadangkan oleh pembekal untuk digunakan sebagai rujukan harga pembelian oleh pengguna
- Menyediakan senarai pelabelan harga ubat yang dibekalkan kepada pesakit luar di fasiliti KKM.
Lembaga Farmasi Malaysia
- Menguruskan permohonan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran Ahli Farmasi dan Pertubuhan Perbadanan.
- Menguruskan permohonan akreditasi dan pengiktirafan bagi program ijazah farmasi di Institusi Pengajian Tinggi.
- Menguruskan permohonan kelulusan premis untuk latihan provisional.
- Menyelaras dan memantau pencapaian mata minimum CPD bagi tujuan permohonan Sijil Pengekalan Tahunan Ahli Farmasi.
- Menyelaras dan menggubal soalan Peperiksaan Perundangan Farmasi bagi tujuan pendaftaran Ahli Farmasi.
- Menyedia dan memantau pematuhan kepada Garispanduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi bagi memastikan kualiti pelajar dan institusi yang menjalankan Program Ijazah Ffarmasi terpelihara.
Perkembangan Farmasi
- Menggalak dan menambahbaik kualiti Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi program Quality Assurance (QAP), Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Audit Dalaman Amalan Farmasi (ADAF), Piagam Pelanggan dan program-program peningkatan kualiti lain yang dijalankan di peringkat KKM.
- Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta menggalak tadbir urus yang baik bagi semua sektor farmaseutikal tempatan melalui amalan Good Governance for Medicine (GGM).
- Memantau dan menyelaras aktiviti berkaitan pembangunan di fasiliti KKM
- Meningkatkan dan memantau kualiti kajian dan penyelidikan di peringkat Perkhidmatan Farmasi KKM.
- Memantau isu-isu berkaitan komponen farmasi dalam aplikasi sistem ICT di fasiliti KKM.
- Menyelaras data-data bagi tujuan perancangan dan pengurusan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi.
- Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan PhIS/ CPS di semua fasiliti farmasi KKM.
Penggunaan Ubat Secara Berkualiti
- Merancang, memantau dan menganalisis aktiviti pendidikan mengenai ubat-ubatan dan penyediaan akses maklumat ubat-ubatan untuk orang awam.
- Memberi pendidikan kepada orang awam mengenai cara penggunaan ubat berkualiti supaya kefahaman dan pengetahuan mengenai ubat-ubatan ditingkatkan untuk menggalakkan kepatuhan dan hasil rawatan yang baik.
- Menyediakan maklumat ubat-ubatan yang tepat, tidak berat sebelah dan relevan untuk disebarkan kepada orang awam melalui sebaran risalah, laman web dan media massa.
- Meningkatkan akses untuk rakyat mendapatkan maklumat ubat melalui National Pharmacy Call Centre (NPCC), portal Know Your Medicine serta secara atas talian.
- Menyediakan modul dan memberi latihan mengenai penggunaan ubat berkualiti kepada pengamal penjagaan kesihatan (Healthcare provider).
- Mengemas kini pangkalan data kesilapan pengubatan berdasarkan laporan-laporan yang diterima dari fasiliti kesihatan awam dan swasta seluruh negara.
- Menganalisis data kesilapan pengubatan dan menyediakan laporan-laporan berkaitan.
- Menggubal polisi / prosedur dan merancang serta menyelaras aktiviti berkaitan keselamatan pengubatan.
- 35936 bacaan
Versi pencetak mesra pengguna
Hantar menerusi emel