- Pencapaian KPI Program Perkhidmatan Farmasi 2018
- Persidangan Farmasi Onkologi (NOPC2.0)
- Gong Xi Fa Cai
- Panduan Mengemukakan Permohonan Bagi Kelulusan Iklan Oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU)
- Sesi Perjumpaan Ahli-ahli Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia
Hubungi Kami
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Bagaimana Kenalpasti Iklan Yang Telah Diluluskan?
Bagaimana Kenalpasti Iklan Yang Telah Diluluskan?
Semua iklan yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat akan diberikan dengan nombor kelulusan (contoh KKLIU 1234/2018). Nombor KKLIU akan dimulai dengan 4 digit mengikut siri dan diakhiri dengan tahun permohonan kelulusan iklan dibuat. Nombor kelulusan perlu dipaparkan pada setiap iklan yang disiarkan di dalam mana-mana media penyiaran. Pengguna diminta agar tidak terkeliru di antara nombor pendaftaran MAL dengan nombor siri kelulusan iklan KKLIU.
|
NO. PENDAFTARAN MAL |
NO. SIRI KELULUSAN KKLIU |
CONTOH |
MAL12345678X |
KKLIU 1234/2018 |
WAJIB DILETAKKAN |
Pada produk |
Pada Iklan |
PIHAK BERKUASA |
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah |
Lembaga Iklan Ubat |
Ini melibatkan kelulusan iklan bagi produk kategori ;
- Suplemen kesihatan (No. MAL diikuti 8 digit dan diakhiri dengan huruf N cth : MAL12345678N);
- Ubat-ubatan tradisional (No. MAL diikuti 8 digit dan diakhiri dengan huruf T cth : MAL12345678T);dan
- Produk over-the-counter (No. MAL diikuti 8 digit dan diakhiri dengan huruf X cth : MAL12345678X);yang berdaftar dengan PBKD, KKM
Ubat Terkawal (No. MAL yang diakhiri dengan huruf A adalah dilarang untuk diiklankan terus kepada orang awam (kecuali produk Terapi Gantian Nikotin sahaja dibenarkan untuk diiklankan kepada orang awam).
Pengiklanan produk kesihatan dan kecantikan adalah dilarang sama sekali untuk membuat tuntutan perubatan terhadap:
- 20 jenis penyakit bagi tujuan pencegahan, rawatan atau diagnosis. Antaranya penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, kemandulan, dan lain-lain penyakit kronik
- peningkatan fungsi buah pinggang atau jantung
- peningkatan prestasi seksual
- pengguguran
Pengawalan ini adalah bertujuan untuk memastikan integriti iklan; maklumat yang sampai kepada pengguna tidak mengelirukan, tepat dan disokong dengan bukti-bukti yang sahih.
- 3859 bacaan
Versi pencetak mesra pengguna
Hantar menerusi emel