Protocol Hepatitis Medication Therapy Adherence Clinic (Hepatitis MTAC)

Rawatan Hepatitis C daripada rejim standard interferon dan ribavirin telah berkembang kepada pengenalan ubat baharu iaitu oral Direct Acting Antiviral Agents (DAAs).  Oleh itu, lebih banyak pesakit akan mendapat manfaat daripada rawatan baharu ini kerana kadar penyembuhan yang lebih tinggi dan tempoh rawatan pesakit akan menjadi lebih singkat dengan penggunaan ubat DAAs.

Justeru, edisi pertama Protocol Hepatitis Medication Therapy Adherence Clinic Hepatitis (Hepatitis MTAC) yang diterbitkan pada 2015 telah dikemaskinikan agar sejajar dengan perkembangan baru dalam rawatan Hepatitis. Oleh sebab penggunaan DAA dikaitkan dengan insidens kesan sampingan, interaksi dengan ubat-ubatan lain serta kebarangkalian kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang rendah, pegawai farmasi berpeluang untuk memperluaskan peranan mereka dalam memberi penjagaan farmaseutikal terbaik kepada pesakit.

 

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: