PharMel Blacklist (Senarai Hitam Penguatkuasa Farmasi Melaka-Malaysia)

Senarai PharMel Blacklist adalah maklumat tambahan yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada para peniaga, agensi penguatkuasa serta orang ramai berkaitan produk kesihatan, kosmetik dan produk makanan/minuman yang dicemari racun/ bahan kimia terlarang. Produk-produk tersebut dilarang penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Para pengguna diingatkan untuk sentiasa menyemak status pendaftaran produk kesihatan dan notifikasi kosmetik melalui laman web rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai PharMel Blacklist ini harus digunakan hanya sebagai bahan rujukan tambahan.

Senarai PharMel Blacklist ini telah dikemaskini sehingga tarikh diterbitkan. Segala usaha telah dijalankan bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan senarai PharMel Blacklist ini.

Sebarang salinan dan cetakan semula untuk tujuan komersil adalah dilarang dan hanya dibenarkan untuk tujuan rujukan.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan