Penempatan dan Pertukaran Pegawai Farmasi di KKM

Pada masa ini, pelaksanaan urusan penempatan dan pertukaran Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2012 berkenaan Panduan Penempatan dan Pertukaran Pegawai di KKM yang telah berkuatkuasa mulai 5 Januari 2012.

Bagi memantapkan lagi urusan penempatan dan pertukaran Pegawai Farmasi di KKM, Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran Pegawai Farmasi KKM Bil. 4/2017 telah bersetuju untuk menggunapakai Panduan dan Kriteria Penempatan/Pertukaran Pegawai Farmasi di KKM yang telah ditambah baik dan telah diedarkan melalui Surat Pemberitahuan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2017 berkuatkuasa mulai 22 Disember 2017.

*Nota:

Bagi urusan permohonan pertukaran, pemohon PERLU mengemukakan Borang Permohonan Pertukaran Kementerian Kesihatan Malaysia (LAMPIRAN D) yang lengkap secara hardcopy kepada Bahagian Sumber Manusia, KKM.

Keputusan penempatan dan pertukaran Pegawai Farmasi di KKM dimaklumkan oleh Bahagian Sumber Manusia, KKM melalui Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia [http://www.moh.gov.my/].

Kategori dokumen: 
Garis Panduan