Pelaporan Kesilapan Pengubatan

Anggota penjagaan kesihatan adalah digalakkan untuk melaporkan kejadian kesilapan pengubatan (potential error, near miss, actual error) yang berlaku di semua fasiliti kesihatan (kerajaan atau swasta).

Pelaporan boleh dibuat secara dalam talian melalui URL https://mers.pharmacy.gov.my atau secara manual dengan menggunakan Borang Pelaporan Kesilapan Pengubatan (BPF/104/ME/02).

Sila rujuk kepada Manual Pengguna Pelaporan Kesilapan Pengubatan untuk cara pengisian Borang Pelaporan Kesilapan Pengubatan dalam talian. Maklumat lanjut berkenaan pelaporan kesilapan pengubatan, boleh didapati pada Soalan-Soalan Lazim Pelaporan Kesilapan Pengubatan yang disertakan.  

 

Kategori dokumen: 
Borang-borang