Pelan Strategik Program Farmasi 2017 - 2020

Pharmacy Programme Strategic Plan 2017 - 2020

PELAN STRATEGIK PROGRAM FARMASI 2017 - 2020

Pelan Strategik Program Farmasi 2017 – 2020 merupakan dokumen halatuju strategik Program Farmasi Malaysia untuk tempoh empat tahun. Pelan ini merangkumi empat bidang utama seperti berikut:

 
1. Meningkatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan dan meperkasakan masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan berkualiti
2. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan farmasi melalui perkembangan inovasi dan teknologi
3. Mengukuhkan tadbir urus Program Farmasi
4. Memperkukuhkan kemahiran, kepakaran dan modal insan dan keupayaan
 
Pelan ini dihasilkan berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-11, Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan, Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2016-2020, dan Dasar Ubat Nasional 2013-2020. Selaras dengan rancangan-rancangan kesihatan kebangsaan, dokumen ini merupakan rujukan kepada semua yang terlibat dalam bidang farmaseutikal dalam menyelaraskan matlamat ke arah pencapaian hasil kesihatan yang lebih baik.

 

 

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: