Panduan Pengiklanan Untuk Kemudahan Dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (Hospital Swasta, Klinik, Klinik Radiologi, Dan Makmal Perubatan Swasta)

Garis panduan ini bertujuan untuk melengkapi peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 (Disemak 1983) dan Peraturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976.

Iklan termasuk sebarang notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label, pembalut atau dokumen lain, dan sebarang pengumuman yang dibuat secara lisan atau dengan cara menerbitkan atau mengeluarkan cahaya atau bunyi.

Melainkan pengecualian seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3.0, iklan hanya boleh diumumkan setelah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Pengamal perubatan berdaftar yang ingin mengiklankan kemudahan atau perkhidmatan mereka perlu mematuhi ‘Kod Etika Profesional’ Majlis Perubatan Malaysia serta garis panduan dan arahan berkaitan yang dikeluarkan oleh Majlis tersebut. 

Kategori dokumen: 
Garis Panduan