Laporan Teknikal Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi (KIKF) 2019

Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi diadakan setiap dua tahun bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil inisiatif kualiti yang diperkenalkan oleh warga farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga merupakan satu platform perkongsian idea hasil ciptaan anggota-anggota farmasi yang dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi di negara ini. Laporan Teknikal Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2019 merupakan penerbitan yang julung kalinya dihasilkan sejak ia dianjurkan pada tahun 2009. Penyediaan laporan ini menunjukkan perincian perjalanan konvensyen dari konsep sehingga post-mortem dilaksanakan. Diharapkan laporan ini dapat memberi inspirasi dan menjadi rujukan dalam penganjuran konvensyen pada masa akan datang.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: