Kajian Pemantauan Harga Ubat (KPHU) di Malaysia 2020

Medicine Prices Monitoring Survey in Malaysia / Kajian Pemantauan Harga Ubat (KPHU) adalah satu komitmen Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) bertujuan untuk menyediakan maklumat secara menyeluruh tentang ketersediaan, harga dan kemampuan milik ubat di Malaysia. Kajian yang dijalankan sejak tahun 2006 ini memerlukan kerjasama antara sektor kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Pemilihan premis dan ubat-ubatan dalam kajian ini berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Health Action International (HAI). Kajian ini melibatkan tiga kumpulan ubat-ubatan iaitu kumpulan ubat perlu WHO/HAI, kumpulan ubat perlu Sustainable Development Goal (SDG) dan kumpulan ubat Single Product Registration Holder (PRH). Aktiviti pemantauan harga ubat juga selaras dengan objektif Dasar Ubat Negara Malaysia (DUNas): menggalakkan keperolehan yang sama rata dan penggunaan rasional ubat-ubatan penting yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: