KAJIAN ANALISIS KOS DAN FAEDAH PELAKSANAAN MEKANISME HARGA UBAT

Analisis Impak Regulatori (RIA) ialah proses mengenal pasti dan menilai impak pelaksanaan regulatori secara sistematik denganmenggunakan kaedah analisis yang konsisten, seperti kajian analisis kos dan faedah (CBA). RIA adalah keperluan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi mana-mana agensi yang bertujuan untuk melaksanakan perubahan regulatori. Hasil RIA bertujuan untuk memaklumkan penggubal dasar tentang kecekapan dan keberkesanan semua pilihan yang ada dan menentukan pilihan yang memberikan kesan optimum yang dikehendaki. Sehubungan dengan itu,  Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) komited untuk menjalankan RIA dalam melaksanakan Mekanisme Harga Ubat (MHU) yang bertujuan untuk mengawal harga ubat-ubatan di sektor swasta di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723). PPF dengan kerjasama MPC, telah menjalankan CBA untuk menilai kesan ekonomi pelaksanaan MHU. CBA bertujuan untuk mengukur kesan ekonomi pelaksanaan MHU selama 15 tahun ke atas pihak berkepentingan yang terjejas, iaitu kerajaan, pengguna, industri farmaseutikal, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta dan penyedia insurans.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon cba-report-final-29.7.2022.pdf1.69 MB