Garispanduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi

Tujuan dokumen ini adalah untuk memberi garis panduan kepada institusi awam dan swasta bagi penyediaan pangkalan data institusi dan laporan kajian kendiri untuk permohonan mendapatkan pengiktirafan / akreditasi program ijazah farmasi. Lembaga Farmasi Malaysia bersama-sama Lembaga Akreditasi Negara (NAB) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menggunakan garis panduan ini untuk menilai setiap permohonan yang ingin mendapatkan status pengiktirafan / akreditasi. 

Garis panduan ini tidaklah bersifat terlalu preskriptif dan tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan segala inisiatif, pembangunan dan pengembangan bidang farmasi terbantut. Piawaian yang dinyatakan tidak bersifat kuantifikasi atau secara definisi tepat kerana isu kualitatif akan turut diambilkira dalam penilaian yang memerlukan pertimbangan profesional oleh orang yang berkelayakan. Garis panduan ini adalah tertakluk kepada semakan dari semasa ke semasa.

Kategori dokumen: 
Garis Panduan
Fail-fail muat turun: