Garis Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan salah satu agensi yang mengeluarkan permit import dan eksport di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967. Jenis komoditi dagangan yang terlibat ialah bahan kimia (Perintah Duti Kastam: Bab 28 dan 29), persediaan farmaseutikal (Perintah Duti Kastam: Bab 30) dan mesin pembuat ubat-ubatan (Perintah Duti Kastam: Bab 84).

Pada dasarnya, pengawalan komoditi tersebut dilaksanakan di bawah peruntukan Akta dan Konvensyen Antarabangsa di bawah bidang kuasa BPF iaitu;

1. Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya 

2. Akta Jualan Dadah 1952 

3. Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 

4. United Nations Convention against Illicit Traffic in Narcotic Drugs and Psychotropic Substances 1988 

5. Konvensyen Minamata tentang Merkuri (Hg)

Untuk maklumat bagi senarai item kawalan dan proses permohonan, sila muat turun Garis Panduan Umum Permohonan ePermit Import dan Eksport.

Kategori dokumen: 
Garis Panduan