Garis Panduan 'Submission of Dossier for Listing into the Ministry of Health Medicines Formulary' (Edisi Ke-2)

Guidelines for Submission of Dossier for Listing into the Ministry of Health Medicines Formulary disediakan oleh Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk menambahbaik proses penyenaraian ubat-ubatan ke dalam Formulari Ubat KKM.

Bahagian utama garis panduan ini difokuskan kepada permohonan penyenaraian ubat-ubatan oleh syarikat farmaseutikal ke dalam FUKKM untuk menggalakkan keseragaman permohonan dan mengurangkan perbezaan dalam kualiti dossier yang dikemukakan. Garis panduan ini akan turut digunakan oleh pemohon daripada institusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi beberapa jenis permohonan.

Garis panduan ini menyediakan maklumat yang praktikal tentang cara penyediaan dossier yang lengkap. Dossier yang lengkap dengan maklumat yang tepat adalah sangat penting kerana ia membantu dalam proses semakan dan penilaian ubat-ubatan sebelum dibentangkan kepada ahli mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM untuk membuat keputusan penyenaraian. 

Penggunaan garis panduan Edisi ke-2 ini mula berkuatkuasa Januari 2019. Sebarang pertanyaan/cadangan boleh di e-mel ke sekretariatfukkm@moh.gov.my

NOTA:

Terdapat sedikit pindaan kepada maklumat dalam garis panduan ini telah dibuat pada Oktober 2019.

Kategori dokumen: 
Garis Panduan