GARIS PANDUAN SISTEM PENGURUSAN PEMBEKALAN UBAT BAGI PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI (MyUBAT)

Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi dan Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi telah bekerjasama membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat Bagi Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) untuk membolehkan pesakit memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan mereka melalui telefon pintar. Selain dari itu, penggunaan sistem ini juga dapat memudahkan anggota di fasiliti farmasi menguruskan proses pendaftaran dan penyediaan ubat-ubatan susulan di kaunter-kaunter farmasi dengan lebih sistematik.

Garis panduan ini diterbitkan sebagai panduan untuk proses kerja dan dokumentasi di semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terlibat untuk menggunapakai sistem MyUBAT.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon garis-panduan-myubat-2021.pdf728.2 KB